Keras dan tegas.

مُّحَمَّدٞ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَهُمۡۖ تَرَىٰهُمۡ رُكَّعٗا سُجَّدٗا يَبۡتَغُونَ فَضۡلٗا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٰنٗاۖ سِيمَاهُمۡ فِي وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمۡ فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِۚ وَمَثَلُهُمۡ فِي ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُۥ فَـَٔازَرَهُۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ ٱلۡكُفَّارَۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِنۡهُم مَّغۡفِرَةٗ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

-Surah Al-Fath, Ayah 29

Murtad.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ (Abdullah Muhammad Basmeih) Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. -Surah Al-Ma’idah, Ayah 54

Pfizer.

Encik Mike Yeadon bekas ketua saintis kpd firma vaksin pFizer menyatakan bahawa kini suda terlalu lewat utk menyelamatkan sesiapa yg suda diberi suntikan vaksin covid 19. Beliau menyeru kepada semua yg belum menerima vaksin yg membunuh itu untuk berjuang demi kesinambungan manusia dan nyawa anak2. Pakar imiunisasi terkenal ini mengarisbesar kenyataannya tentang proses menghapuskan sejumlah besar majoriti manusia yang hidup pada masa kini. Sejurus selepas suntikan vaksin pertama sejumlah 0.8% akan dijangka mati dalam masa 2 minggu. Mereka yg bertahan dijangka akan mampu hidup dlm purata 2 tahun, namun kemampuan tersebut dikurangkan dengan penambahan top-up suntikan vaksin.

Penambahan vaksin yang sedang dibuat sekarang adalah untuk menyebabkan kemorosotan fungsi organ tertentu dlm badan manusia – termasuklah jantung, paru-paru dan otak. Dengan pemahaman secara mendalam kepada halatuju fungsi penyelidikan dan pembangunan farmaseutikal gergasi tersebut, pFizer selama 2 dekad, Profesor Mike Yeadon menyatakan tujuan terakhir regim penyedia2 vaksin yg ditadbir pada masa kini hanya boleh membawa kepada peristiwa pengurangan populasi secara besar besaran yg mana akan membuat semua perang dunia, bila digabungkan, kelihatan satu produksi Mickey Mouse.

“Bilion manusia kini sudah dikutuk kearah kematian yg tidak diketahui dan menyeksakan. Setiap orang yg sudah disuntik akan menemui kematian pramatang, dan paling sopan mengatakan anggaran masa paling lama sesorang bole hidup adalah 3 tahun”.

https://www.lifesitenews.com/news/exclusive-former-pfizer-vp-your-government-is-lying-to-you-in-a-way-that-could-lead-to-your-death

IGP kawtim penjenayah.

KENAPA SUSPEK MASIH DALAM REMAN DIURUSKAN POLIS BUAT PERMOHONAN MAAF? – SOAL AHLI DEWAN NEGARA KEPADA IGP

Saya terpanggil untuk mengulas laporan media mengenai majikan yang memukul dua pengawal keselamatannya kerana berpuasa, yang tiba-tiba diberi layanan cukup istimewa oleh polis sehingga boleh tampil membuat ‘sidang media’ khas memohon maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong.

Pada saya ini mesej yang salah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau membenarkan layanan istimewa diberikan kepada suspek ini, sementalah lagi namanya sendiri selaku Ketua Polis Negara ada disebut dan terkait dalam laporan polis oleh mangsa, yang telah pun tular di media sosial.

Abdul Hamid tidak boleh membisu kerana ketika reman masih belum selesai dan siasatan sedang berjalan, dua anggota polis ditugaskan khas untuk mengiringi suspek bertemu pihak media, sedangkan apa yang sepatutnya dibuat adalah melengkapkan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tujuan pendakwaan.

Justeru, saya menuntut Abdul Hamid sendiri perlu tampil memberi penjelasan dalam isu ini bagi membuktikan kesungguhan beliau dalam memerangi sebarang salah laku dalam pasukan polis.

Ini kes jenayah. Perlu apa minta maaf kepada umat Islam dan Yang di- Pertuan Agong?

Apakah dengan penyataan maaf ini, maka kes jenayah kekerasan yang dilakukan akan ditutup dan suspek berkenaan akan bebas dan lepas begitu sahaja?

Apakah emas 100 kg dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM28.54 juta berserta pistol yang dirampas bakal dipulangkan dan suspek akan kembali dengan bergaya menjalankan aktivitinya haram selepas ini?

Jika itu mesej yang cuba disampaikan pihak polis, maka layanan serupa juga perlu diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana sehingga kini barangan rampasan milik bekas Perdana Menteri tersebut terkait siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dikembalikan oleh polis.

Kepada Abdul Hamid, saya menegaskan bahawa apa yang rakyat dan umat Islam hendak tengok dalam kes ini ialah suspek segera didakwa, umat Islam tidak dahagakan permohonan maaf dari suspek yang bangsat ini.

YB Senator Muhammad Zahid Md Arip Ahli Dewan Negara

18 April 2021.